
Atlet SUKMA Melaka masih menanti ‘lampu hijau’ untuk kembali berlatih
AYER KEROH 27 Jun – Atlet-atlet negeri Melaka akan kembali menjalani latihan secepat mungkin sebagai persiapan awal untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Johor, tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pihaknya kini hanya menunggu kelulusan daripada Jawatankuasa Khas Covid-19 negeri untuk meluluskan kebenaran untuk atlet kembali berlatih.
“Kita tidak boleh berkompromi mengenai persiapan atlet negeri walaupun, SUKMA Johor yang sepatutnya berlangsung tahun ini telah ditunda ke tahun hadapan.
“Sebab itu, saya telah mengarahkan agar surat dihantar kepada Jawatankuasa Khas Covid-19 dengan segera bagi membolehkan atlet-atlet dapat kembali menjalani latihan untuk meningkat prestasi dan stamina mereka.
“Kita akan pastikan isu latihan ini akan diluluskan dalam mesyuarat yang terdekat dan seterusnya sebagai pengerusi jawatankuasa sukan, saya akan turun memberi galakan kepada atlet,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Post Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka, di Seri Negeri.
Dalam pada itu, mengulas mengenai sasaran SUKMA 2021 di Johor nanti, Mohd Rafiq optimis negeri Melaka mampu mencapai keputusan yang lebih membanggakan berbanding edisi-edisi terdahulu.
Views:
Related


Berita Lain
ANAK PENGKALAN BATU HEBAT DI LITAR TERIMA ANUGERAH IKON SUKAN
PENGKALAN BATU 25 Februari - "Anugerah ini amat bermakna untuk saya, terima kasih kerana memberi satu pengiktirafan yang akan saya...
MELAKA TUAN RUMAH TUJUH KEJOHANAN TENIS KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA
AYER KEROH 24 Februari - Melaka bakal menjadi tuan rumah bagi tujuh kejohanan tenis peringkat kebangsaan dan antarabangsa dijadual bermula...
1,000 PESERTA MERIAHKAN SATRIA BRISKWALK
PENGKALAN BATU 23 Februari - Penganjuran Langkah Satria BriskWalk sejauh 4.5 kilometer turut melalui Jejantas Tun Teja, melibatkan 1,000 peserta...
20 FEBRUARI: LIMA KELAB GOLF DI MELAKA DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA
TABOH NANING 21 Februari - Tawaran caj padang (Green Fees) percuma oleh lima kelab golf di negeri ini sempena cuti...
MASUK PERCUMA KE LIMA KELAB GOLF LENGKAPKAN SAMBUTAN 20 FEBRUARI
TABOH NANING 20 Februari - Penglibatan lima kelab golf di negeri ini yang menawarkan kemasukan percuma sempena sambutan Hari Pengisytiharan...
REMAJA SERTAI LARIAN MAHU RASA SUASANA DI KAMPUNG
TANJUNG BIDARA 17 Februari - Mahu menikmati suasana kampung, antara faktor Mohamad Syazzuan Shah Abdullah, 17, menyertai acara Merentas Desa...