Sorting by

×

Atlet Petanque raih emas bakal terima saguhati

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 18 Ogos -Atlet Petanque yang meraih emas buat Melaka pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI bakal menerima insentif dan saguhati.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin yang juga bapa angkat bagi sukan Petanque memaklumkan pihaknya akan memberikan saguhati kepada atlet, Khairul Amirul Zamrulhisham.

Jelasnya, saguhati tersebut diberikan berbeza dengan insentif khas Kerajaan Negeri buat pemenang pingat emas pada temasya berpestij itu.

“Selaku bapa angkat sukan ini, sudah pasti gembira terhadap kemenangan atlet.

“Saya telah melihat bagaimana pasukan Petanque negeri berlatih tanpa mengira masa, cuaca dan situasi untuk meraih pingat.

“Kemenangan ini membuatkan kepenatan mereka sebagai atlet berbaloi dan mewakili Kerajaan Negeri, saya ingin ucapkan terima kasih kerana mengharumkan nama Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Allex Seah berkata sebelum ini Kerajaan Negeri menerusi peruntukan disalurkan telah memberi RM10,000 untuk pembangunan sukan Petanque.

Tambahnya, kemenangan yang diraih pada SUKMA itu mampu meningkatkan kualiti sukan tersebut di Melaka.

“Sudah pasti selepas ini hubungan bapa angkat dengan sukan ini tidak akan terhenti dan kita akan usahakan untuk memperluaskan acara ini bagi melahirkan lebih ramai pelapis untuk digilap.

“Saya harap atlet-atlet lain menjadikan penyumbang pingat emas ini sebagai pembakar semangat untuk meraih lebih banyak pingat pada temasya sukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

367
Kongsi :
Previous post Isu pinjam motosikal, lelaki cedera ditikam rakan
Next post 1,340 graduan diraikan pada Konvokesyen PMM Kali ke-22
Ubah saiz-+=