ATLET MEMANAH MELAKA SUMBANG PINGAT TERIMA IMBUHAN

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 3 Oktober – Kejayaan atlet memanah Melaka, S. Praveen merangkul pingat perak pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 baru-baru ini, telah diberikan penghargaan oleh jabatan angkat sukan tersebut iaitu Perbadanan Melaka (MCORP), selepas diberikan insentif sebanyak RM800.

Replika cek wang insentif tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh.

Salhah yang juga Ibu Angkat Sukan Memanah Melaka dalam ucapannya memuji persembahan skuad memanah Melaka dalam SUKMA 2024 walaupun hanya membawa pulang satu pingat perak.

“Kita (memanah) berjaya sumbang pingat perak, tahniah buat saudara S. Praveen kerana berjaya realisasikan sumbangan pingat buat kontinjen Melaka dalam SUKMA 2024.

“Menariknya, kali terakhir skuad memanah sumbang pingat ialah pada SUKMA 2018, bermakna sudah tiga edisi (6 tahun) kita ketandusan pingat, Alhamdulillah SUKMA 2024 memanah akhirnya kembali sumbang pingat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Hi Tea dan Penyampaian Insentif Kepada Penyumbang Pingat Sukan Memanah SUKMA 2024 anjuran jabatan angkat sukan memanah, MCORP di sebuah hotel di sini, petang tadi.

Hadir sama Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka, Mohd Asri Ninggal; Presiden Persatuan Memanah Negeri Melaka, Zainal Bidin dan Pengurus Perancangan Perindustrian MCORP, Hairulzamani Othman.

Pada 22 Ogos lepas, S. Praveen merangkul pingat perak dalam acara compound lelaki selepas tewas 136-140 kepada wakil dari Perak, Adam Danish Darwish Mohd Zaini di perlawanan akhir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

225
Kongsi :
Previous post PENGASUH MENGAKU TIDAK BERSALAH ABAI BAYI 12 BULAN HINGGA CEDERA DI TASKA
Next post LEBIH 422,000 LAWAT MUZIUM DI MELAKA
Ubah saiz-+=