Sorting by

×

Atlet Melaka sedia melangkah ke gelanggang Sukma

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

JASIN 25 Julai – Tahap kecergasan kesemua atlet Melaka yang akan beraksi pada Sukan Malaysia (Sukma) XXI Sarawak 2024 berada pada tahap memuaskan dan tidak ‘dibelenggu’ masalah kecederaan.

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka, Mohd Asri Ninggal berkata, kesemua 420 atlet yang akan ke Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk beraksi, sekali gus menyumbang pingat kepada Melaka.

“Atlet Melaka setakat ini berada dalam keadaan baik dan tidak berdepan dengan masalah kecederaan termasuklah kecederaan serius.

“Untuk beraksi di Sukma, atlet ini berada didalam ‘long list’ sebelum mereka ini didaftarkan jadi daripada situ kita sudah mengetahui keadaan atlet yang boleh beraksi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bendera Negeri Melaka Kepada Ketua Kontinjen SUKMA XXI Sarawak 2024, di Dewan Alamanda Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), hari ini.

Pada majlis itu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyerahkan bendera negeri Melaka kepada Exco Belia, Sukan dan NGO negeri VP Shanmugam.

Mohd Asri berkata, MSN juga menyediakan pusat rehabilitasi khas di Kota Laksamana khususnya untuk atlet bagi menjalani rawatan sekiranya berdepan dengan masalah kecederaan.

“Kerajaan Negeri menerusi MSN kits bekerjasama dengan sebuah pusat rehabilitasi untuk atlet mendapatkan rawatan sekiranya mengalami kecederaan.

“Atlet yang mengalami cedera ringan atau memerlukan rawatan lanjut mereka akan dirujuk ke sini bagi menjalani proses rawatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

408
Kongsi :
Previous post Insentif tambahan ‘suntik’ semangat atlet Sukma
Next post Ab Rauf ziarah warga emas uzur di Kampung Baru On Lok
Ubah saiz-+=