
ATA IMS Berhad sumbang 1,500 beg sekolah
AYER KEROH 10 Feb. – Syarikat ATA IMS Berhad menyumbang 1,500 beg sekolah untuk diagihkan kepada murid dan pelajar kurang berkemampuan di negeri ini.
Ketua Pegawai Operasi merangkap Pengarah Eksekutif ATA IMS Berhad, Datuk G. Balachandaran berkata, ia merupakan program tanggungjawab sosial (CSR) pihaknya bersama Kerajaan Negeri Melaka.
“Kita semua punyai tanggungjawab untuk membantu pelajar sebab sekarang semua orang dalam kesusahan lagi-lagi dalam tempoh pandemik COVID-19.
“Jadi saya rasa ini adalah tanggungjawab bersama. Kita serahkan beg sekolah kepada kerajaan negeri untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada MHI selepas menyalurkan sumbangan beg sekolah di Seri Negeri, hari ini.
Sumbangan itu diterima Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali.
Menurut G. Balachandaran, pihaknya memilih untuk menyumbangkan beg sekolah kerana ia antara barangan keperluan buat murid dan pelajar sekolah.
“Kita harap ini dapat membantu mereka yang memerlukan dan Kerajaan Negeri Melaka mempunyai senarai bagi mereka yang layak terima bantuan,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...