Asnaf fakir, miskin, mualaf terima bantuan Aidiladha

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

KESIDANG 10 Jun – Sejumlah kira-kira RM3.2 juta dibelanjakan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi Bantuan Aidiladha kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf pada tahun ini.

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah berkata, bagi seluruh Melaka seramai 10,518 orang dalam kalangan asnaf fakir, miskin dan mualaf dikenal pasti layak meneri bantuan itu.

“Daripada jumlah penerima itu, seramai 150 orang adalah fakir, diikuti 8,368 asnaf miskin dan 2,000 orang lagi adalah asnaf mualaf.

“Malah untuk tahun ini, MAIM telah membelanjakan sejumlah RM88,000 bagi asnaf fakir dan RM2.5 juta pula bagi asnaf fakir selain sebanyak kira-kira RM600,000 khusus bagi asnaf mualaf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Dan Penyampaian Bantuan Aidiladha Kepada Asnaf Fakir, Miskin Dan Mualaf Majlis Agama Islam Melaka Tahun 11445H, di Kompleks Darul Huda, Balai Islam, semalam.

Hadir sama, Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad; Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis dan Pegawai Tugas-Tugas Khas MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Menurut Rosli, konsep bantuan oleh MAIM adalah sama seperti tahun sebelumnya iaitu mengagihkan zakat secara adil kepada mereka yang layak.

“Ini adalah berkat daripada peningkatan jumlah kutipan zakat keseluruhan yang dicapai pada 2025 iaitu sebanyak RM135 juta berbanding RM128.3 juta tahun sebelumnya.

“Diharap dengan bantuan yang diagihkan ini dapat meringankan beban penerima dalam melakukan persiapan untuk menyambut Aidiladha yang akan disambut tidak lama lagi.

“Selain itu kerajaan akan terus bekerja keras dan berusaha memastikan bahawa nasib semua pihak dapat dibela selain kekayaan sebahagian mereka yang berkemampuan akan dapat dikongsikan secara harmoni kepada golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

391
Kongsi :
Previous post Jenazah Dahlia Ahmad selamat dikebumikan
Next post Malaysia Bike Week 2024 dijangka tarik lebih 200,000 ‘bikers’
Ubah saiz-+=