Sorting by

×

ASNAF DUN AYER MOLEK TERIMA BANTUAN AWAL RAMADAN

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER MOLEK 10 Februari – Bantuan awal  Ramadan dan fidyah berjumlah RM222,400 diagihkan kepada 366 penerima dalam kalangan asnaf fakir dan asnaf miskin sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata bantuan berkenaan adalah hasil inisiaitf dilaksanakan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang sentiasa menyusun program dan aktiviti untuk meringankan beban asnaf.

Jelas beliau, daripada keseluruhan penerima seramai 362 dikategorikan sebagai asnaf miskin, manakala empat orang lagi adalah asnaf fakir.

“Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan asnaf berbanding tahun 2024 dengan seramai 342 penerima.B antuan persediaan Ramadan dan fidyah ini adalah bantuan zakat yang disediakan MAIM khusus kepada penerima bantuan zakat sama ada secara bulanan atau tahunan pada setiap tahun.

“Bantuan ini merupakan agihan awal yang dibuat bagi kutipan zakat fitrah pada tahun 2025 ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengagihan Bantuan Persediaan Ramadan (Zakat Fitrah) dan Pengagihan Wang Fidyah Kepada Asnaf Fakir & Miskin MAIM Melaka 2025 DUN Ayer Molek di Japerun Ayer Molek di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad dan Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek berkata sumbangan diberikan itu merupakan wang zakat dan fidyah yang diagihkan oleh pihak MAIM.

“Pihak MAIM turut mengagihkan bantuan fidyah iaitu hasil bayaran denda atau fidyah yang dikenakan terhadap saudara Islam lain disebabkan meninggalkan puasa pada tahun terdahulu.

“Pihak MAIM mengagihkan kepada setiap fakir dan miskin sejumlah RM150 tunai dan penerima diingatkan supaya hanya membelanjakan duit ini bagi tujuan membeli barang keperluan makan.

“Ia tidak boleh dibelanjakan selain daripada tujuan makan kerana fidyah hanya ditentukan untuk memberi makan kepada fakir dan miskin sahaja,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

193
Kongsi :
Previous post PENGURUS RUGI RM2.56 JUTA DITIPU PELABURAN KRIPTO TIDAK WUJUD
Next post NAHAS KORBAN 7 NYAWA DI KM204: SYARIKAT LORI DISYAKI PUNCA KEMALANGAN DIDAKWA 4 MAC