Sorting by

×

ASET ATM JADI TUMPUAN HARI PERTAMA KUAM 2024

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BATU BERENDAM 31 Oktober – Aset milik cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara yang paling mencuri tumpuan pengunjung singgah ke penganjuran Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2024 membuka tirainya, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, penganjuran KUAM 2024 secara tidak langsung membuka peluang buat semua golongan terutamanya anak muda untuk melihat sendiri aset digunakan ATM, sekali gus mencetuskan minat mereka untuk menceburi bidang ketenteraan.

“Datanglah ke KUAM 2024 di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam kerana inilah peluang buat semua melihat pelbagai jenis pesawat termasuk milik ATM.

“Kehadiran aset ATM ini boleh menarik minat dan memberikan motivasi kepada anak-anak muda untuk menceburi profesion ketenteraan.

“Bukan sekadar bersantai, tetapi orang ramai dijamin akan mendapat manfaat dengan mengunjungi KUAM 2024  bermula hari ini hingga Ahad nanti di LTAM, Batu Berendam,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke KUAM 2024.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Pengurus Besar Bahagian Promosi dan Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron dan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad (MTSB), Nasrul Ahmad.

Penganjuran KUAM 2024 kali ini turut akan diwarnai dengan persembahan akrobatik pesawat ringan, drone soccer, simulator kapal terbang, spot landing aircraft dan pameran aset milik Tentera Darat Malaysia (TDM).

Bagi penganjuran KUAM 2024 pengunjung dewasa dikenakan bayaran RM10, manakala kanak-kanak pula RM5.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

556
Kongsi :
Previous post BANTUAN MANGSA RIBUT MASJID TANAH DISALURKAN SEGERA
Next post PUNCAK LAKSAMANA MERCU TANDA BAHARU MELAKA
Ubah saiz-+=