Asap misteri resahkan penduduk Krubong Jaya

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

PAYA RUMPUT 27 Jun – Hampir dua tahun lalu mereka terkesan akibat pencemaran bau berpunca daripada baja tahi ayam, kini lebih 800 penduduk Taman Krubong Jaya Fasa 3 ‘diuji’ dengan kejadian asap misteri.

Penduduk berasa tidak selesa setiap kali kejadian itu berlaku kerana terpaksa menghirup udara tercemar didakwa berpunca daripada aktiviti pertanian.

Lebih merimaskan penduduk apabila kejadian itu didakwa kerap berlaku pada waktu malam menyebabkan mereka sukar untuk melelapkan mata.

Pengerusi Kumpulan Rukun Tetangga (KRT), Taman Krubong Jaya Fasa 3, Ahmad Yusseri Zakaria, 43, mendakwa pembakaran pada waktu malam itu dilakukan bagi mengelakkan aktiviti berkenaan daripada dihidu pihak berkuasa.

“Berdasarkan aduan daripada penduduk kejadian itu kerap berlaku sekitar jam 9 hingga 12 tengah malam.

“Setakat ini punca dari mana asap ini datang masih misteri. Penduduk sudah membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan difahamkan tindakan sudah diambil tetapi kejadian asap misteri ini masih berulang,” katanya.

WhatsApp Image 2023-06-27 at 14.13.42
AHMAD Yusseri

Sementara itu, penduduk, Muhammad Hisyam Azman, 31, mendakwa asap berkenaan dipercayai akibat pembakaran kayu dan daun kering.

“Sebelum ini berlaku kadang-kadang sahaja, tetapi sejak minggu lalu semakin kerap. Keadaan itu memaksa kami berkurung dalam rumah, pintu dan tingkap semua ditutup.

“Kita memang tidak selesa, malah ada jiran memasang penapis udara di rumah menunjukkan kualiti udara tidak begitu bagus,” katanya.

WhatsApp Image 2023-06-27 at 14.14.12
MUHAMMAD Hisyam

Manakala Noorazura Durani, 38, berkata, perkara itu sudah berlarutan sejak berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan kerap berlaku pada Jun.

Menurutnya, segala aktiviti luar pada belah malam terpaksa dihentikan termasuk menyidai pakaian bagi mengelakkan bau asap.

“Tahun lalu kejadian asap ini juga berlaku pada Jun, kami risau jika berlarutan ada penduduk mengalami masalah kesihatan seperti sakit tekak dan pedih mata, paling merisaukan adalah kanak-kanak,” luahnya.

WhatsApp Image 2023-06-27 at 14.14.48
NOORAZURA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2684
Kongsi :
Previous post 256 kes buang bayi dalam tempoh dua tahun sejak 2020
Next post 41 asnaf ceburi bidang pertanian, tingkatkan taraf hidup
Ubah saiz-+=