![Whatsapp Image 2025 02 07 At 12.48.35](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2025/02/WhatsApp-Image-2025-02-07-at-12.48.35.jpeg?v=1738905800)
ARWAH PAK LAN DEMAM, HILANG SELERA MAKAN
MASJID TANAH 7 Februari – “Puas saya kejutkan arwah supaya bangun jamah sarapan pagi, namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi. Puas saya kejut namun arwah tidak memberikan sebarang tindak balas.
“Kemudian periksa nadi dan pernafasan, rupanya arwah sudah pergi. Lalu saya bergegas mengejutkan anak dan cucu yang kebetulan berada di rumah,” kata isteri kepada pelakon veteran Roslan Saleh, Zainon Majid, 61.
Roslan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan, 69, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Rantau Panjang, kira-kira jam 7 pagi tadi.
Zainon berkata, sejak semalam arwah suaminya mengalami demam dan hilang selera makan namun dia tidak menjangkakan sebarang kejadian yang lebih serius.
“Ketika bersarapan pagi semalam, arwah memang tidak lalu makan dan hanya menjamah dua, tiga suap roti canai berkuahkan kari kambing.
“Selepas itu arwah lebih banyak mendiamkan diri. Sejak tiga hari lalu saya seakan perasaan akan perubahan pada diri arwah, matanya seakan-akan melihat sesuatu,” katanya.
![Whatsapp Image 2025 02 07 At 12.48.34](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2025/02/WhatsApp-Image-2025-02-07-at-12.48.34-1024x768.jpeg)
Jelasnya, jenazah suaminya akan dibawa ke Masjid Ar Rahman Kampung Rantau Panjang untuk dimandi, dikafankan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang dijangka selepas solat Jumaat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.