
Arkitek ditahan kemuka tuntutan palsu bernilai RM3 juta
Lelaki berusia 40-an itu ditahan susulan penahanan empat individu termasuk seorang pengurus syarikat hartanah berhubung kes sama pada 16 Jun lepas.
Sumber berkata lelaki berkenaan ditahan kira-kira 6 petang semalam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.
âSuspek disyaki terlibat dalam tindakan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek yang keseluruhannya bernilai lebih RM300 juta sedangkan kerja-kerja tidak dilaksanakan.
âLelaki direman empat hari bermula hari ini selepas Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan reman oleh SPRM pagi ini,â kata sumber itu.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRMÂ Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.