
Arca keris di Alor Gajah akan dipindahkan
ALOR GAJAH 18 Jun – Arca keris di Dataran Keris, di sini, sedang dalam proses pemindahan ke lokasi baharu.
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menerusi satu kenyataan berkata, arca berkenaan akan dipindahkan ke Bulatan Alor Gajah, berdekatan dataran berkenaan bagi membolehkan kawasan dataran lebih luas dan selesa untuk dikunjungi orang ramai.
Katanya lagi, proses awal pemindahan arca berkenaan telah dimulakan pada 10 Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 10 Ogos depan.
“Penempatan semula arca keris ini akan menjadikan Dataran Keris lebih luas bagi memudahkan pelbagai aktiviti dilaksanakan selepas ini tanpa halangan arca yang membuatkan kawasan ini kelihatan padat semasa program dijalankan.
“Arca keris ini akan kekal menjadi mercu tanda dan landskap baharu bagi bandar Alor Gajah dengan mengekalkan replika keris sebagai lambang bagi Alor Gajah sejak dahulu lagi,” kata kenyataan itu.
Views:
Related

Berita Lain
HOTEL MITC ‘BELANJA’ 60 MURID SRA JAIM MERLIMAU PASIR BERBUKA PUASA
AYER KEROH 5 Mac - Seramai 60 murid Sekolah Rendah Arab Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Merlimau Pasir disantuni pada...
NORANIZA IDRIS BUAT LAPORAN POLIS DAKWA PERNIAGAAN MURUKU DITIPU RM630,000
SHAH ALAM 4 Mac - Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir...
MPHTJ TERIMA ‘4 DIAMOND RATING AWARD’
AYER KEROH 4 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menterjemah dan menzahirkan komitmen ke arah pencapaian status Perbandaran...
NAHAS KM204: SYARIKAT LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 4 Mac - Sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini atas pertuduhan...
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...