
Aras sungai bahaya, penduduk di lima negeri diminta berwaspada
KUALA LUMPUR, 4 Jan – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan penduduk di lima negeri iaitu Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka untuk berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa berikutan paras air sungai di beberapa kawasan berada pada tahap bahaya.
JPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Pahang, aras air Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan berada pada tahap bahaya dengan trend menaik manakala di Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera juga di tahap bahaya namun pada trend air menurun.
Sementara itu, di Selangor, Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam juga berada pada aras bahaya dengan trend air meningkat.
JPS turut memaklumkan di Johor, aras air Sungai Lenik di Ladang Chaah serta Sungai Segamat di Bandar Segamat, Segamat dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak berada pada aras bahaya dengan trend aras air menurun.
Bagi Negeri Sembilan, trend aras air Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol menurun namun tetap berada pada aras bahaya.
Pada masa sama, di Melaka, Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin berada pada aras bahaya namun tiada perubahan trend manakala Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah pula berada pada paras bahaya dengan trend air menaik.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...