
Arahan tutup premis buat peniaga ingkar SOP
KOTA LAKSAMANA 23 Okt. – Tindakan penutupan premis perniagaan bakal dikenakan kepada peniaga yang mengingkari pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di negeri ini.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Abu berkata, tindakan terbabit perlu diambil pihaknya sebagai pendekatan tegas kepada peniaga yang mengabaikan tanggungjawab terbabit, sekali gus bakal menjadi punca kepada penularan pandemik COVID-19.
Jelasnya, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan tindakan berkenaan sebagai pengajaran kepada peniaga bagi mengawal penularan wabak itu yang makin meningkat.
“Kita akan ambil tindakan kepada mana-mana premis di bawah kelolaan MBMB supaya kita pastikan rantaian ini dapat diputuskan dengan tindakan tegas dari kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Sistem Pengoperasian Operasi Pam (SPOP) Advanced di Hotel Majestic, di sini petang tadi.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...