Arahan baharu dron pada Februari ini- CAAM

Masa Membaca:57 Saat

KUALA LUMPUR, 26 Jan. – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan berusaha mengeluarkan arahan baharu bagi sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron bulan depan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kawal Selia) CAAM Zainul Abidin Maslan berkata, penguatkuasaan peraturan baharu akan memerlukan proses berulang-ulang seperti pendaftaran, kebenaran dan pengawasan bagi meraih masa depan yang cerah dalam industri dron di Malaysia.

Katanya, proses-proses lain perlu dilakukan secara dalam talian atau menerusi platform pengurusan trafik tanpa pemandu.

“Kami berharap dapat mengumumkan (arahan ini) pada Februari. Peraturan baharu ini akan turut menyediakan panduan yang mencukupi bagi memastikan hanya pengendali yang cekap mempunyai hak dan kelulusan untuk mengendalikan dron bagi kegunaan industri,” katanya pada Sidang Kemuncak UAV Maya Pertama Dunia 2021 semalam.

Kira-kira 300 peserta menyertai sidang kemuncak itu dengan pembabitan penceramah dari pelbagai negara seperti China, Jepun, Greece, Romania, Perancis dan Belgium.

Pihak berkuasa kawal selia tempatan yang turut serta dalam sidang kemuncak itu termasuk CAAM, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Agensi Keselamatan Siber Negara Malaysia.

Menurut Zainul, aktiviti pesawat tanpa pemandu di Malaysia pada ketika ini terikat dengan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Pekeliling Maklumat Aeronautika 04/2008.

Views:

444
Kongsi :
Previous post KKM sasar program vaksinasi COVID-19 selesai akhir tahun ini
Next post Kerajaan tidak bercadang menaikkan had statutori hutang melebihi 60 peratus daripada KDNK
Ubah saiz-+=