APMM tahan bot bawa ubat kawalan tanpa permit
SHAH ALAM, 12 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah bot barter trade sarat dengan muatan pelbagai jenis ubat-ubatan kawalan tanpa permit di perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang, dekat sini petang semalam.
Pengarah Maritim Selangor Kapten Maritim V.Siva Kumar berkata penahanan dilakukan pada 6.30 petang susulan maklumat risikan mengenai vesel mencurigakan di perairan berkenaan.
Beliau berkata bot itu dikendalikan tekong dan kru terdiri daripada lima warga Indonesia berusia 23 hingga 62 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri sah.
“Namun mereka telah gagal mengemukakan permit berkaitan barangan dibawa. Hasil pemeriksaan menemukan sembilan kotak pelbagai jenis ubat kawalan yang dimuatkan di dalam bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Siva Kumar berkata kesemua mereka berserta muatan ubat dibawa ke Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Racun 1952.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BERAS MELAKA BAKAL DIPASARKAN, HANYA RM26 SEKAMPIT
MERLIMAU 22 Januari - Kerajaan Negeri bakal mengeluarkan beras putih tempatan dikenali sebagai Beras Melaka dalam usaha membantu menambah stok...
PERUBAHAN PORTFOLIO EXCO MELAKA TETAP BERLAKU – KM
ASAHAN 22 Januari - Rombakan portfolio Exco Kerajaan Negeri tetap akan dilakukan bagi memberi keseimbangan dalam tugas dan tanggungjawab setiap...
KEBUN DURIAN JADI PRODUK PELANCONGAN MELAKA
ASAHAN 22 Januari - Kerajaan Melaka menyokong usaha mana-mana pengusaha durian yang ingin menjadikan kebun mereka sebagai produk ekopelancongan di...
PROGRAM TVET BANTU ANAK MELAKA MILIKI SIJIL KEMAHIRAN
RIM 22 Januari - Kerajaan Negeri akan memastikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir dan berpeluang menyambung pelajaran...
GADEK HOTSPRING LAIN DARI YANG LAIN – PENGUNJUNG
GADEK 22 Januari - Kompleks Air Panas Gadek yang kini dikenali sebagai Gadek Hotspring Wellness & Spa Resort telah dilancarkan...
RESTORAN TERAPUNG MENDAM BERAHI PPSPM BEROPERASI FEBRUARI DEPAN
BANDARAYA MELAKA 22 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal melancarkan Restoran Terapung Mendam Berahi (RTMB) dalam...