
APMM tahan 15 nelayan Vietnam di perairan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 23 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu merampas sebuah bot nelayan Vietnam bersama 15 kru termasuk tekong dalam operasi bersepadu Naga Barat dan Kuda Laut, kira-kira 3 petang semalam.
Pengarah Maritim Terengganu Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata bot tersebut ditahan di kedudukan 100 batu nautika Timur Laut dari Kuala Terengganu.
“Kru yang ditahan berumur antara 20 hingga 50 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
“Hasil rampasan termasuk bot, 700 kilogram hasil tangkapan dan 1,000 liter bekalan diesel dianggarkan bernilai RM1.5 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua kru yang ditahan dibawa ke jeti APMM negeri untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/1963 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
Muhammad Suffi juga meminta bantuan orang ramai untuk segera melaporkan sebarang kejadian kecemasan kegiatan jenayah di laut secara terus kepada APMM negeri di talian 09-6223657 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI, KEMBALIKAN NOSTALGIA BERAYA DI KAMPUNG
SUNGAI RAMBAI 21 April - Pemilihan rumah tradisional Melayu lama sebagai tapak penganjuran, menghidupkan kembali nostalgia menyambut hari raya di...
RV PARK TETC LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN, ANTARA YANG TERBAIK DALAM NEGARA
RIM 21 April - Pelbagai kemudahan asas yang lengkap menjadikan Taman Kenderaan Rekreasi (RV Park) di Taman Extreme Tasik Chinchin...
LEBIH 5,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN REMBIA
REMBIA 20 April - Lebih 5,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks Japerun...