APM terima hampir RM60 juta bagi perolehan aset

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

SUNGAI RAMBAI 19 Mac – Sejumlah hampir RM60 juta diperuntukkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi pembaikan dan perolehan aset baharu agensi itu.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong berkata, peruntukan itu membabitkan perolehan 100 buah ambulans pacuan empat roda (4WD) dan 46 buah pacuan empat roda yang diubah suai bagi tujuan menyelamat.

“Bagi pembaikian aset APM menerima sejumlah RM26 juta untuk tahun ini dan saya minta sekiranya ada yang perlu dibaiki ia harus dibaiki dengan segera menggunakan peruntukan yang ada.

“Malah untuk perolehan 100 biji ambulans empat roda ia membabitkan peruntukan  RM26.9 juta dan pacuan empat yang diubah suai pula bagi menjalankan penugasan pula sebanyak RM6.8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutupan Latihan Kemahiran Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) 2023, di Kuala Sebatu, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed, Pengarah APM Melaka Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Azis.

D2DA27F6-ED98-4C89-91A6-250534844918
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (tengah) berucap pada Majlis Penutup Latihan Kemahiran Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) di Kampung Kuala Sebatu, Sungai Rambai, Jasin. Foto: MR. AZLI

Menurut Wilson, perolehan aset baharu itu diterima APM secara berfasa yang akan berkahir pada Julai tahun hadapan.

“APM sentiasa bersedia 24 jam dalam menghadapi sebarang bencana dan sentiasa berada di lapangan untuk membantu rakyat, dengan adanya perolehan aset baharu ini akan membantu lagi menjalankan misi ketika berlakunya bencana,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata APM menyasarkan untuk mempunyai seramai 210 PASPA menjelang tahun hadapan.

“Pada hari ini seramai 38 PASPA berjaya menamatkan latihan dan menjadikan keseluruhan APM mempunyai 130 orang dan menjelang tahun hadapan kita sasarkan akan mempunyai 210 PASPA di seluruh negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1961
Kongsi :
Previous post Kenal pasti lokasi baharu tempatkan peniaga Kampung Jawa – Exco
Next post Anugerah keseluruhan terbaik jadi kenangan seumur hidup
Ubah saiz-+=