
APM giat latihan persediaan hadapi bencana
KUALA LUMPUR, 23 Julai – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sentiasa menggerakkan latihan sebagai langkah bagi memastikan anggotanya terus bersedia untuk berdepan sebarang risiko bencana.
Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed berkata latihan-latihan yang dilakukan adalah penting apatah lagi tatkala negara sedang berhadapan dengan situasi cuaca yang tidak menentu ketika ini.
“Biasanya seperti tahun-tahun sebelum ini, sekarang sudah masuk musim panas, tapi nampaknya (tahun ini) masih lagi kita tak dapat jangkakan. Sebab itu APM terus melatih dan menggalakkan anggota-anggota untuk sentiasa terus berlatih.
“Orang awam juga boleh untuk bersama-sama menyertai latihan-latihan yang disediakan,” katanya ketika ditemui pada Program Larian Dekad Platinum APM di sini hari ini.
Larian yang dianjurkan sempena ulangtahun ke-70 APM itu disertai seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada anggota-anggota, ahli bersekutu dan sukarelawan agensi tersebut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...
LORI SEDANG DITUNDA TERBALIK DI PENDANG, LORONG PLUS ARAH SELATAN TERHALANG
ALOR SETAR 9 Mac - Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
BAZAR IKONIK MUDAH DIAKSES, PENUHI CITARASA PENGUNJUNG
BANDA HILIR 9 Mac - Bazar Ikonik Banda Hilir kini menjadi salah satu platform penting bagi mempamerkan dan mempromosikan produk...