
APM cadang tubuh CDERT Istana Melaka
SERI NEGERI 13 Jun – Penubuhan Civil Defence Emergency Response Teams (CDERT) Istana Melaka menjadi antara perkara yang dicadangkan Angkatan Pertahanan Awam (APM) ketika kunjung hormat bersama Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, baru-baru ini.
Pengarah APM Negeri Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, kunjungan hormat itu diketuai Ketua Pesuruhjaya APM KPj. (PA) Aminurrahim Mohamed dan Pengarah Pengurusan Angkatan, Ibu Pejabat APM PPj (PA) Ghazali Abd Rahman di Pejabat Yang di-Pertua Negeri, di sini.
Menurut Cuthbert, usul cadangan penubuhan CDERT Istana Melaka itu kini 90 peratus di peringkat dokumentasi dan bakal membabitkan warga kerja Istana Melaka.
“Cadangan keanggotaan CDERT Istana Melaka ialah seramai 32 orang yang terdiri daripada staf dan kakitangan istana.
“Selain cadangan itu, APM juga turut mempelawa Tuan Yang Terutama (TYT) Tun untuk dilantik sebagai Pegawai Kehormat APM dan dijadikan Penaung kepada Pasukan Lantikan Pegawai Kehormat dan Bersekutu APM peringkat negeri,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...
SM-WEZ KAWASAN ‘IBU NEGERI’ BAHARU MELAKA
SERI NEGERI 17 April - Tidak cukup dengan kawasan perindustrian, Melaka juga memberi tumpuan kepada kewujudan zon ekonomi baharu yang...
AB RAUF MAHU RAKYAT MELAKA ADA PEKERJAAN TETAP, KEHIDUPAN STABIL
SERI NEGERI 17 April - Selain pelancongan, antara misi utama Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
KALENDAR PELANCONGAN MELAKA SEMAKIN RANCAK BERMULA JUN
AYER KEROH 17 April - Lebih banyak program pelancongan berskala besar dan bertaraf antarabangsa akan dianjurkan bermula Jun ini, sekali...
WAKIL SEKOLAH, IPT DIPELAWA UNTUK MERIAHKAN PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA
AYER KEROH 17 April - Semua sekolah rendah dan menengah di negeri ini dipelawa untuk bersama-sama menyokong seterusnya memeriahkan Pertandingan...