Sorting by

×

APLIKASI SMART HERITAGE TOURISM, ‘PUSAT SEHENTI PELANCONGAN’ DI HUJUNG JARI

Masa Membaca:56 Saat

SERI NEGERI 31 Disember – Menuju negeri pintar, sektor pelancongan Melaka bercadang untuk membangunkan inisiatif ‘Smart Heritage Tourism’ berfungsi sebagai ‘pusat sehenti’ dihujung jari.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata Kerajaan Negeri melalui Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi akan membangunkan aplikasi pintar tersebut.

Katanya, aplikasi tersebut mengandungi informasi dan tawaran menarik berkaitan sektor pelancongan Negeri Melaka.

“Aplikasi ini akan dilengkapi dengan kemudahan pelancongan secara interaktif melalui elemen ‘virtual reality’ (VR) atau ‘augmenter reality’ (AR).

“Aplikasi ini turut dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang melibatkan fungsi ChatBot secara teks dan suara untuk memudahkan pelancong mendapatkan informasi.

“Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) juga menerima cadangan berkaitan Smart Heritage Tourism dengan inisiatif AI dalam pelancongan bagi menambah nilai pengalaman pelancong ke lokasi pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (BN-Lendu) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Razak turut memaklumkan Kerajaan Negeri masih dalam peringkat awal meneliti cadangan yang dikemukakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

98
Kongsi :
Previous post TULAR VIDEO BERNIAT JAHAT, 2 INDIVIDU DIARAH KELUAR DEWAN
Next post PERUNTUKAN ‘RAKYAT DIGITAL’ MELAKA MENINGKAT
Ubah saiz-+=