‘Aplikasi e-wallet elak boros berbelanja’ – pengayuh beca
BANDA HILIR 18 April – “Aplikasi e-wallet Touch N’go memudahkan pengayuh beca untuk menyimpan duit sebab ia terus masuk dalam akaun bank.
“Jadi tidaklah kita boros berbelanja dengan membeli benda yang tidak sepatutnya,” Mohd Safwan Aziz, 29, yang mencari rezeki dengan mangayuh beca sejak enam tahun lalu.
Mohd Safwan berkata, aplikasi itu juga memudahkan urusan pelanggan membuat bayaran perkhidmatan dengan tepat, selain tidak berdepan kesukaran memulangkan wang baki.
Dia yang menyokong penggunaan itu berkata, kaedah urusan yang meminimumkan sentuhan juga mampu mengelakkan daripada berlaku penularan wabak COVID-19.
Sementara itu Amran Hashim, 50, berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana mewujudkan inisiatif itu untuk membantu seramai 305 pengayuh beca yang berdaftar di negeri ini.
“Penggunaan e-wallet ini memang ada kebaikan dan ada yang susah sikit bila pelanggan nak bayar tunai sahaja, tapi kebaikan dia kita dapat elakkan daripada bersentuhan dengan pelanggan.
“Saya ucap terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan syarikat e-wallet kerana memperkenalkan aplikasi ini kepada kami kepada pengayuh beca.
“Saya rasa bangga dapat menggunakan e-wallet khususnya untuk pengayuh beca di Melaka, kami setuju kerajaan negeri buat inisiatif ini, selepas ini dah tak perlu risau kalau ada pelancong dari luar negara,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.