Sorting by

×

‘Apek’ tak merajuk’

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) menepis khabar angin mengaitkan penjaga gol utamanya, Khairul Fahmi Che Mat ‘merajuk’ dan bercadang untuk ‘angkat kaki’ daripada pasukan.

Ketua Pegawai Eksekutif MUFC Datuk Mohd Saiful Mat Sapri menegaskan, perkara itu tidak benar sama sekali sebaliknya ketiadaan bekas penjaga gol kebangsaan yang mesra dengan panggilan ‘Apek’ pada perlawanan menentang Perak FC, Ahad lalu hanyalah disebabkan kecederaan.

“Dia (Apek) tidak diturunkan kerana kecederaan. Mana ada merajuk seperti yang didakwa. Kita di MUFC masih lagi memerlukan khidmat Apek untuk menjaga gawang Melaka United. Tiada istilah merajuk atau apa-apa masalah lain.

“Kita percaya dia seorang yang ‘gentleman’ dan baik. Sekiranya ada apa-apa masalah dia akan berjumpa dengan pihak pengurusan.

“Setakat ini kita sudah jumpa semua pemain pada minggu lalu dan tiada masalah pun yang dibangkitkan mengenai MUFC, selain ingin mendapatkan penjelasan hala tuju pengurusan baharu. Itu sahaja,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sebelum ini, timbul desas-desus di laman sosial mengaitkan Khairul Fahmi bakal meninggalkan skuad Hang Tuah pada jendela perpindahan kedua bulan depan.

Ia ekoran ketiadaan nama pemain asal Kelantan itu dalam kesebelasan menentang Perak FC di Stadium Ipoh, selain Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan juga enggan mengulas mengenai ketiadaan Apek dalam temu bualnya sebelum perlawanan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

981
Kongsi :
Previous post Tun Mohd Ali santuni warga UTeM
Next post 138 penghuni Villa Harapan ceria terima sumbangan Ramadan
Ubah saiz-+=