APA YANG ‘BEST’ BILA LARUT MALAM DI SUNGAI MELAKA?
BANDARAYA MELAKA 6 Januari – Melaka Bila Larut Malam kembali lagi pada 2025 dalam merancakkan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) yang dijadual pada September depan dan Tahun Melawat Melaka yang dilanjutkan sehingga 2026.
Inisiatif yang diadakan pada Sabtu minggu pertama setiap bulan itu menawarkan harga tiket istimewa kepada pengunjung bermula jam 11 malam hingga 2 pagi.
Antara yang menyertai inisiatif itu adalah Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) yang menawarkan beberapa produk pelancongan di Sungai Melaka seperti Melaka River Cruise, Windmill Pink Market dan Melaka Floating Market.
Namun, ramai yang tertanya-tanya sempena Melaka Bila Larut Malam, apa yang istimewa ada di Sungai Melaka?
Berikut Melaka Hari Ini senaraikan lima tarikan paling ‘best’ untuk pengunjung dan pelancong ke sini.
1. SUASANA YANG ‘MAHAL’
Limpahan lampu berwarna-warni, selain tempat bersantai yang banyak disediakan di Sungai Melaka menjadikan lokasi ini memang sesuai dijadikan ‘port’ lepak buat anak muda mahupun seisi keluarga.
Menariknya, di Windmill Pink Market, Dataran Pengkalan Rama, anda dapat menikmati keindahan satu-satunya lampu unik ‘windmill’ yang ada di Malaysia.
2. MAKANAN ‘VIRAL’ DAN SEDAP
Jika anda peminat makanan, di sinilah tempat untuk anda. Ada pelbagai jenis makanan unik dan menarik dijual pada harga cukup berpatutan.
Nak lagi best? Jangan lupa singgah ke Melaka Floating Market di pesisir Sungai Melaka kerana ada pelbagai juadah istimewa disediakan dari dalam bot. Sambil-sambil menikmati makanan yang enak, anda dapat menghirup udara segar di tepi sungai.
3. TIDAK MEMBOSANKAN
Ya, anda tidak akan pernah bosan kerana pelbagai persembahan disediakan untuk menghiburkan pengunjung dan orang ramai, antaranya persembahan ‘busking’.
Tidak hanya itu, pengunjung juga akan terpukau dengan persembahan api (fire show) yang disediakan khas sebagai tarikan malam minggu.
4. PELANCONGAN ‘HIDUP’ HINGGA LEWAT MALAM
Tak ada di tempat lain, hanya satu sahaja negeri iaitu Melaka yang menawarkan tarikan pelancongan sehingga lewat malam iaitu jam 2 pagi.
Jika anda pernah menelusuri Sungai Melaka pada waktu siang, percayalah ‘vibes’ pada waktu malam jauh lebih menarik.
5. RM10 JE..?
Ya tak tipu! Hanya RM10 harga tiket istimewa yang ditawarkan untuk menelusuri Sungai Melaka dengan Melaka River Cruise sempena Melaka Bila Larut Malam, di mana ia jauh lebih murah berbanding harga biasa.
Bukan itu sahaja, bagi pembelian lima tiket, anda hanya perlu membayar RM40 sahaja khas sempena Melaka Bila Larut Malam.
Jadi apa tunggu lagi? Jom jadikan produk pelancongan di bawah PPSPM sebagai lokasi wajib untuk anda dan keluarga jika datang ke Melaka. Mana lagi? Melaka Ler..
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.