
Anwar cadang proses pendaftaran, pengambilan vaksin COVID-19 dipermudahkan
KUALA LUMPUR 16 Mac. – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima suntikan vaksin COVID-19 hari ini, mencadangkan supaya proses pendaftaran dan pengambilan vaksin itu dipermudahkan.
“Saya cadang permudahkan proses pendaftaran dan tatkala mengambil vaksin memandangkan terlalu rumit dengan borang dan semakan,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menggesa rakyat agar tidak berlengah dan segera mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19.
“Saya juga harap rakyat sedar akan kepentingan vaksin dan tingkatkan pembacaan tentangnya. Penting juga untuk kita keluar dari zaman sakit ini dan seterusnya dapat kita membina serta memulihkan ekonomi kita,” katanya.
Anwar menerima suntikan vaksin di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur pagi ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan petugas perubatan diketuai Dr Murugesu Raju atas khidmat serta kerjasama baik yang diberikan sepanjang proses vaksinasi berlangsung.
Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...