‘Anugerah suntik semangat warga CMI’

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 26 Ogos – Perbadanan Ketua Menteri (CMI) mahu terus bergerak ke hadapan untuk menjadi sebuah organisasi yang berdaya maju dan aktif dalam pelbagai aspek.

Pengurus Besar CMI, Datuk Mohd Saleh Jusman berkata fokus Utama beliai adalah menjalankan aktiviti pembangunan, hartanah dan pelancongan yang menjadi pemacu terhadap perkembangan ekonomi Negeri Melaka.

“Terima kasih atas anugerah diberikan kepada saya, sudah tentu ini adalah hasil usaha semua termasuk kakitangan CMI yang berkhidmat di negeri ini.

“Anugerah ini adalah satu suntikan semangat kepada kami untuk bekerja lebih kuat dan dinamik dalam melaksanakan tugas,”katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu Mohd Saleh menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Saleh berkata anugerah itu adalah satu pengiktirafan kepadanya dan warga CMI yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga kerja di negeri ini.

“Kita terima ini sebagai satu pengiktirafan atas sumbangan dan tenaga kerja CMI dalam menjayakan aktiviti membangunkan Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2814
Kongsi :
Previous post Lokasi baharu sambutan Hari Kebangsaan lebih selesa – Ab Rauf
Next post Tanggungjawab lebih besar menanti – Datuk Rosli
Ubah saiz-+=