Sorting by

×

Anugerah Pengarah, hadiah buat ibu dan ayah

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

MERLIMAU 5 Mac – Menduduki peperiksaan semestar akhir ketika hati masih bersedih selepas pemergian bapa tercinta, adalah ujian paling besar bagi Nur Amiezatul Elisa Azman, 22, penerima Anugerah Pengarah pada Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka Kali-20, berlangsung di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, di sini, semalam.

Kata gadis ini, ujian hampir membuatkan dia berputus asa untuk meneruskan pengajian antara yang ditempuhinya sepanjang mengikuti kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Melaka.

Dia yang merendah diri juga tidak menyangka dipilih untuk menerima augerah itu kerana beranggapan ramai lagi rakan sekuliah lain yang layak diberi pernghormatan sedemikian.

“Alhamdulillah apa yang saya peroleh ini adalah hadiah buat keluarga terutamanya ibu dan ayah sebagai tulang belakang kami semua dan pembakar semangat saya untuk meraih kecemerlangan.

“Tidak dinafikan bukan sesuatu yang mudah untuk saya mengekalkan keputusan 3.5 keatas setiap semester, sejujurnya banyak liku-liku yang terpaksa dilalui.

“Kehilangan ayah tamparan amat hebat buat saya. Mujurlah dengan sokongan keluarga saya dapat tempuhi semuanya. Semua ini adalah Ianya reda dan berkat ibu bapa tanpa mereka agak payah untuk seseorang anak mencipta kejayaan,” katanya yang ditemui selepas menerima skrol diploma disampaikan Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Nur Amiezatul Elisa berkata, menjaga hubungan baik dengan ahli keluarga, pensyarah dan rakan sekuliah antara rahsia kejayaannya.

Mahu meraih lebih banyak kejayaan Nur Amiezatul Elisa kini menyambung pengajian di peringkat ijazah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam bidang Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan.

photo1677923397
AB Rauf menyampaikan skrol kepada Ayunisa yang hadir ke Majlis Konvokesyen Kali Ke-20 Politeknik Melaka di Dewan Platinum Politeknik Merlimau dengan berkerusi roda. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu seorang lagi graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Ayunisa Jailani, 22, terpaksa hadir ke majlis konvokesyen dengan berkerusi roda berikutan mengalami retak pada kaki kiri.

“Insiden ini memang tidak jangka, pagi semalam (kelmarin) saya mengalami kecelakaan di rumah apabila kaki dihempap televisyen.

“Selepas kejadian semalam (kelmarin), saya sudah nekad walaupun tidak dapat naik ke pentas, saya akan hadir juga kerana ia kenangan amat beharga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2544
Kongsi :
Previous post Politeknik Melaka tubuh Sekretariat TVET Negeri Melaka
Next post Medan rakyat luah isu di Hang Tuah Jaya- Adam Adli
Ubah saiz-+=