Annuar kupas isu industri seni menerusi Twitter Spaces Jumaat ini
KUALA LUMPUR 22 Sept. – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa akan memberikan fokus kepada industri seni dan kreatif pada sesi Twitter Spaces keduanya bersama warga maya, Jumaat ini (24 September).
Bersiaran buat pertama kali pada 17 September lalu, sesi perbincangan ‘Bersama Annuar’ kali ini akan merungkai topik ‘Industri Seni-Memulihkan Yang Terkesan’ menerusi platform @bernamadotcom bermula jam 9 malam.
Program yang mendapat sambutan menggalakkan itu menyaksikan Annuar berinteraksi dan menjawab soalan daripada warga maya secara langsung.
‘Bersama Annuar’ diadakan pada setiap Jumaat, bermula jam 9 malam untuk menyampaikan maklumat secara lebih efisien melalui pendekatan komunikasi langsung dengan rakyat.
Dikendalikan secara bersama-sama oleh hos Bernama TV Wan Syahrina Wan Ab. Rahman dan peneraju Bernama Radio Hanie Hamid, program ‘Bersama Annuar’ di Twitter Spaces akan bersiaran setiap minggu sebanyak 12 episod sehingga Disember depan.
Spaces adalah ciri baharu yang diperkenalkan Twitter untuk pengguna akaun mengadakan perbualan dan perbincangan audio secara langsung bersama followers atau pengikut mereka di laman sosial berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
W.R.U.R MEDAN PERKASA USAHAWAN
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menjadi medan buat Kerajaan Negeri memperkasakan usahawan perusahaan mikro,...