ANJUR PROGRAM SEMPENA HARI INOVASI DISEMBER INI

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

LENDU 30 Oktober – Susulan sambutan menggalakkan Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2024 Peringkat Negeri Melaka yang menutup tirainya semalam Kerajaan Negeri bercadang untuk menganjurkan program sempena Hari Inovasi Disember ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, program tersebut bakal dianjurkan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan, Inovasi, Perkomersilan dan Keusahawanan (RICE) Melaka @UTeM.

“Sudah semestinya saya akan mengadakan satu program sempena Hari Inovasi yang dijangka Disember ini dengan kerjasama RICE Melaka@UTeM.

“Program tersebut akan dijalankan pada skala kecil dan jika ianya mendapat sambutan menggalakkan kemudian barulah dikembangkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri perasmian penutup MSN 2024 Peringkat Negeri Melaka di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, di sini, semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib dan Rektor UiTM Cawangan Melaka, Prof. Datuk Dr. Mohd Rasdi Zaini.

Beliau menambah, kelangsungan pelaksanaan program berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) amat penting bagi memupuk minat masyarakat terutamanya anak muda dalam bidang tersebut.

“Saya mahu lebih menekankan berkenaan STEM kerana sebelum ini bila diuar-uarkan penganjuran program STEM, ramai yang takut, mentaliti mereka terikat bahawa subjek pelajaran berkaitan agak susah.

“Namun hari ini di MSN 2024 Peringkat Negeri Melaka, hasil pendedahan program dan aktiviti, saya lihat semakin ramai anak-anak muda kian tunjukkan minat, jadi ini membuktikan bahawa perlu adanya sokongan dari guru serta ibu bapa dalam menggalakkan mereka untuk mendalami pelajaran STEM,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

110
Kongsi :
Previous post MELAKA TERIMA HALAL STATE PERFORMANCE EXCELLENCE AWARD
Next post MAHLIGAI BAHARU BUAT NORIDAH
Ubah saiz-+=