
Angkat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka 5 Jun ini
MELAKA 28 Mei — Istiadat angkat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka akan berlangsung di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh di sini pada 5 Jun.
Jabatan Ketua Menteri Melaka dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan istiadat itu dijadualkan bermula pada 10 pagi dan pengisytiharan jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka akan dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasim Hasan.
Yang Dipertua Negeri Melaka kemudian akan mengangkat sumpah dan menandatangani Surat Cara Sumpah Jawatan sebelum menyampaikan ucapan.
Istiadat akan diteruskan dengan lafaz taat setia oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali diikuti bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.
Semua yang hadir diminta mematuhi kod etika pakaian isitiadat yang ditetapkan.
Majlis dijadualkan berakhir pada 11.30 pagi.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
MELAKA RAYU KPKT SEGERAKAN PEMBINAAN LOJI WTE
SUNGAI UDANG 26 April - Kerajaan Negeri meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyelesaikan segera sebarang pemasalahan di peringkat...
NGAUMAN ‘SINGA’ DI BUMI BERSEJARAH
KLEBANG 26 April - Seramai 1,500 delegasi rangkaian Lions Club di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Filipina 'berkampung' di Melaka...