Sorting by

×

Angkat Pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah sebagai warisan UNESCO 

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

BANDA HILIR  30 Jun – Kerajaan Negeri Melaka dan Indonesia akan mencadangkan pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah untuk mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Warisan Dunia.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, bagi memastikan perkara itu dapat direalisasikan perbincangan secara teliti akan dijalankan bersama-sama d3ngan wakil dari Indonesia termasuk juga menubuhkan jawatankuasa.

Katanya, pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah adalah satu pendekatan yang perlu dipertahankan kerana ia membabitkan budaya dan kesenian yang ada dalam rumpun nusantara.

“Kita ada juga berbincang secara dasarnya untuk membawa dan mendapatkan (pelayaran) pengesahan daripada UNESCO dan pengiktirafan ini akan diangkat secara bersama.

“Langkah selepas ini mungkin kita akan tubuhkan jawatankuasa bersama untuk bincangkan dengan lanjut berhubung perkara ini dan juga apa kepentingan ia kepada kedua-dua negara.

“Memandangkan ini membabitkan antara kerajaan kita terlebih dahulu perlu minta persetujuan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya,” katanya.

Langgani Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Muhibah Budaya Jalur Rempah Melaka, di perkarangan Muzium Rakyat, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan; Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Indera Hermono dan Direktor Jenderal Kebudayaan Kementerian Pendidikan Kebudayaan, Riset dan Teknologi Indonesia (Kemendikbudristek) Hilmar Farid.

Menurut Abdul Razak, kerjasama kebudayaan dan kesenian ini tidak akan terhenti setakat ini sahaja sebaliknya akan dicadangkan untuk dijadikan sebagai acara tahunan.

“Program hari ini baru permulaan dan kita tidak akan berhenti di sini sebaliknya akan mengadakan perbincangan secara teliti untuk mengadakan dalam skala yang lebih besar dan mungkin sebagai program tahunan.

“Saya percaya dengan pertalian yang ada ini ia akan menjadikan kita sebagai keluarga yang besar di antara negara nusantara selain secara tidak langsung dapat menilai semula sejarah serta dokumentasi laluan rempah yang menjadi hubungan pertukaran budaya dan sejarah di Nusantara,” katanya.

Ujar Abdul Razak, mewakili Kerajaan Negeri beliau mengalu-alukan kedatangan seramai 120 orang ‘laskar rempah’ dari Indonesia termasuk pensyarah, penyelidik, wartawan dan pemain industri kebudayaan yang akan berada di Melaka sehingga 3 Julai.

EndsLanggani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

90
Kongsi :
Previous post Ashraf Muslim tak kekok bawa watak Raja Melaka
Next post Pemandu Lamborghini maut, kereta terbabas dan terbakar
Ubah saiz-+=