Sorting by

×

ANGKAT KEMAHIRAN BIDANG PEMBERSIHAN SEBAGAI CABANG TVET

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

ASAHAN 13 Disember – Profesion atau kemahiran dalam bidang pembersihan dicadang untuk diangkat sebagai satu daripada cabang dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Cadangan itu disuarakan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan bertujuan mengiktiraf bidang itu yang sebenarnya amat penting serta perlu seiring dengan pembangunan semasa.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata, ketika ini stigma negatif terhadap bidang itu masih menebal dan ia perlu diubah, sekali gus menghargai pengorbanan pekerja pembersihan.

Whatsapp Image 2024 03 20 At 3.52.25 Pm
EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Fairul Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, turut mencadangkan kursus berkaitan bidang pembersihan ditawarkan di institusi kemahiran seperti kolej komuniti.

“Semua Dewan Undangan Negeri (DUN) ada kolej komuniti, jika kursus berkaitan diwujudkan secara tidak langsung memberi peluang kepada golongan yang mungkin kurang cemerlang dalam akademik mengikuti kursus kemahiran dan sekurang-kurangnya memiliki Sijil Kemahiran Tahap Satu.

“Apabila sudah menjadi satu daripada cabang TVET sudah pasti cara bekerja dan peralatan digunakan adalah yang terkini termasuk menerapkan teknologi terkini. Semua ini akan mentransfomasikan bidang pembersihan ke satu tahap baharu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, cadangan Kolej Komuniti sebagai institusi untuk menyediakan kursus berkaitan pembersihan adalah relevan berikutan kos pengajian yang murah.

“Saya akan suarakan dan bincang cadangan ini bersama pihak berkenaan. Pekerja pembersihan juga memerlukan kemahiran yang mana saya mencadangkan Kerajaan Negeri boleh bekerjasama dengan kolej komuniti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

135
Kongsi :
Previous post SUMBANGAN BAWA SENYUMAN – KM
Next post KERAJAAN NEGERI PEDULI, CAKNA KEPAYAHAN GOLONGAN SASAR