Angka kematian akibat tanah runtuh di Brazil kini mencecah 78
SAO PAULO, 17 Feb – Angka kematian akibat tanah runtuh dan banjir di bandar Petropolis, Brazil di Rio de Janeiro meningkat kepada 78, termasuk enam kanak-kanak, lapor Xinhua, memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Rabu.
“Ia merupakan kejadian paling buruk sejak 1932, dengan curahan hujan 240 millimeter dalam tempoh masa lebih dua jam,” gabenor negeri Rio de Janeiro, Claudio Castro memberitahu pemberita selepas melawat kawasan bencana.
Hujan lebat pada Selasa melanda kawasan pergunungan, kira-kira 68 kilometer dari utara bandar Rio de Janeiro mencetuskan lebih 50 kejadian tanah runtuh.
Dalam tempoh enam jam, Petropolis menerima lebih banyak curahan hujan daripada jangkaan sepanjang Februari, mendorong pejabat datuk bandar mengeluarkan perintah bencana awam.
Setiausaha Pertahanan Awam bandar, Gil Kempers berkata dalam sidang media bahawa 21 orang berjaya diselamatkan dan jumlah orang hilang masih tidak diketahui.
Lori bantuan membawa sumbangan mula tiba di Petropolis untuk kegunaan 500 mangsa.
Sementara itu, amaran cuaca dengan banjir lebih hebat pada Khamis dan Jumaat akan melanda bandar itu, berikutan musim hujan di wilayah tenggara Brazil.-BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ALUMNI CEMERLANG JADI INSPIRASI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI
SERI NEGERI 8 November - Kolej Komuniti Melaka dan Negeri Sembilan melaksanakan Program Direktori MyAlumni Digital Wall Of Fame sebagai...
PELAJAR SMK KRUBONG KREATIF HASILKAN SENSOR AMARAN BANJIR
AYER KEROH 8 November - Ingin menjadi contoh kepada adik-adik mendorong Nur Emilda Tasnim Suhaimi, 16, menceburkan diri dalam bidang...
PROGRAM E-SUKAN KEM, BANTU PERKASA PENDIDIKAN ANAK TENTERA
SUNGAI UDANG 8 November - Program sukan elektronik (e-sukan) diperluaskan ke sekolah dalam kem bagi memperkasa pendidikan anak-anak tentera. Timbalan...
JAPERUN TABOH NANING TERIMA RUMAH TRANSIT
TABOH NANING 8 November - Mangsa bencana atau mereka dalam kepayahan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, kini boleh...
SAKSIKAN ‘SUPERHERO’ BERLARI 22 DISEMBER INI
DUYONG 8 November - Larian Budaya 'Antarabangsa' DuyongKita edisi tahun ini dijadualkan pada 22 Disember menyasarkan lebih 5,000 penyertaan daripada...
KONVOKESYEN UTEM KALI KE-20 BUKA TIRAI
BANDA HILIR 8 November - Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kali ke-20 membuka tirainya dengan Majlis Makan Malam dan...