Anggota tentera maut kemalangan di Kota Tinggi
JOHOR BAHRU, 8 Mac – Seorang anggota tentera maut, manakala empat cedera selepas lori yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 16, Jalan Penawar-Punggai dekat Kota Tinggi, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata ketika kejadian pada pukul 3.40 petang itu, kesemua mereka dari Pos Tanjung Leman, Mersing sedang menuju ke Pos Tanjung Sepang, Pengerang.
“Siasatan awal mendapati punca kemalangan yang berlaku dipercayai gagal memotong dan akibatnya, seorang anggota tentera telah meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Selain itu, mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan lanjut,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Anggota yang maut berusia 23 tahun, manakala empat yang lain berusia 22 hingga 38 tahun.
Hussin berkata buat masa ini, pihak polis masih lagi dalam peringkat siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan kematian anggota tentera akibat kemalangan yang berlaku.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memandu dan mematuhi arahan lalu lintas di jalan raya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MALIM JAYA LOKASI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MELAKA 2025
KESIDANG 9 Januari - Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 akan diadakan di Jalan Rahmat 4, Taman...
KERAJAAN MELAKA CAKNA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
AYER KEROH 9 Januari - Kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap membantu kepada pemangkin dalam memperhebatkan sektor pendidikan di Melaka...
MENANGANI ‘KETEGANGAN MATA DIGITAL’
Oleh: Dr. Navpreet Sidhu Pakar Bedah Mata Putra Specialist Hospital Melaka PADA zaman kini, ketegangan mata digital atau lebih dikenali...
PEMANDU LORI PARAH, DUA CEDERA DALAM NAHAS DI KM 178.5
JASIN 9 Januari - Seorang parah, manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan...
OPS KHAS GEMPUR TEKNIKAL: JPJ MELAKA AMBIL TINDAKAN 847 KENDERAAN, KELUAR 1,069 NOTIS
MELAKA, 9 Januari - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan ke atas 847 kenderaan dan mengeluarkan 1,069 notis atas pelbagai...
KAPAL TERBANG TENGAH BULATAN JADI TARIKAN BAHARU
DURIAN TUNGGAL 9 Januari - Replika kapal terbang yang menyerikan Bulatan Seri Bayan di hadapan Kawasan Industri Angkasa Nuri bakal...