Anggota GGK perlu kekalkan kekuatan fizikal, bersatu hati – Sultan Johor
Bertitah pada majlis itu, baginda yang merupakan Kolonel Komandan Grup Gerak Khas (GGK) mahu semua anggota GGK sentiasa mengekalkan tahap kecergasan dan kekuatan fizikal kerana ia merupakan keupayaan yang mesti dimiiliki oleh seorang komando.
“Bagaimanapun, kekuatan individu sahaja tidak akan memberi kejayaan jika tiada semangat kerjasama, sepakat sebagai pasukan. Kita semua mesti bersatu hati untuk membentuk satu regimen kuat,” titah baginda.
Baginda turut mengingatkan pegawai dalam Kor GGK Angkatan Tentera Malaysia supaya tidak berpolitik untuk mendapatkan pangkat dan jawatan tertentu.
“Saya tidak mahu ada unsur pilih kasih atau ikut kem tertentu. Ingin saya tegaskan, semua pangkat dan perjawatan yang telah dikhususkan tidak boleh diberikan dan dipinjamkan kepada kor lain,” titah baginda.
Berangkat sama Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MPHTJ PERJELAS ISU PENUTUPAN, PENAMATAN KONTRAK KOLAM AIR PANAS DI BEMBAN
AYER KEROH 23 Januari - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya tampil memberi penjelasan berhubung penutupan operasi dan penamatan kontrak operator...
SUMBANGAN UKIR SENYUMAN MASYARAKAT TIONGHOA ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 23 Januari - Seramai 175 masyarakat Tionghoa dalam Parlimen Alor Gajah menerima sumbangan Tahun Baru Cina 2025 daripada...
TEKNOLOGI DRON REVOLUSI SEKTOR PERTANIAN, JIMATKAN MASA
MERLIMAU 23 Januari - Pelbagai teknologi terkini termasuk dron akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu pesawah di Melaka meningkatkan lagi hasil...
JEJANTAS TUN TEJA JADI ‘LUBUK’ REZEKI
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Jejantas Melaka Sentral yang berwajah baharu dan kini dikenali sebagai Jejantas Tun Teja telah membawa...
TIADA KOMPROMI, PPSPM TOLAK RASUAH
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) terus komited menzahirkan komitmen terhadap tanggungjawab dalam menolak...
PROJEK ‘MISSION IMPOSSIBLE’ KERAJAAN MELAKA BUKTIKAN KEJAYAAN
MERLIMAU 23 Januari - Kerajaan Negeri memberi jaminan pesawah di negeri ini akan ditawarkan dengan pembelian harga benih padi jauh...