
Anggota bomba dalam perjalanan hadiri latihan kemahiran maut
ALOR GAJAH 7 Jun – Seorang anggota bomba maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Kilometer 203.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira- kira jam 10.25 pagi itu, mangsa Baharudin Sapuan, 44, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa bersama enam rakan dari Unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kluang, Johor untuk menghadiri latihan ujian kemahiran motosikal.
Beliau berkata, mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki Versys 650 secara konvoi bersama rakannya bertolak dari BBP Jalan Hang Tuah kira- kira jam 8 pagi sebelum terbabit kemalangan itu.
“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan terjatuh sendiri sebaik tiba di lokasi.
“Akibatnya mangsa kemudian terseret pada penghadang jalan kira- kira 30 meter sebelum tercampak ke atas rumput,” katanya.
Arshad berkata, mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba sebelum mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...