
Ancaman Israel: Malaysia pandang serius, tidak gentar
KUALA LUMPUR, 16 Mei – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sehubungan itu, pasukan Polis Diraja Malaysia bersama agensi-agensi keselamatan lain bertindak meningkatkan semua aspek kawalan keselamatan bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia termasuk warga Palestin yang berada di dalam negara ini.
Beliau berkata dalam masa sama, KDN mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini.
“Justeru, saya menyeru orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan kekal berada di tahap yang baik.
Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...
LIMA MUZIUM TAWAR HARGA TIKET RM3
AYER KEROH 4 Mac - Bagi peminat sejarah dan seni, melawat muzium adalah satu aktiviti yang menarik dan berinformasi, Namun...
TAMBAH RESTORAN TERAPUNG KLASIK UNTUK TARIK PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 4 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang untuk menyediakan sebuah lagi restoran terapung berkonsep...
LEBIH 35,000 KES PENIPUAN DENGAN KERUGIAN RM1.6 BILION DIREKODKAN TAHUN LEPAS – BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR 3 Mac - Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion, kata Pengarah...
LELAKI DITAHAN, DISYAKI EDAR DADAH BERNILAI LEBIH RM50,000
PENGKALAN BATU 3 Mac - Polis Melaka melumpuhkan satu rangkaian pengedaran dadah susulan tangkapan dilakukan terhadap seorang pemuda berusia 22...