Ancaman babi hutan di Melaka di semakin serius

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BUKIT KATIL 30 Januari – Kerajaan Negeri memandang serius terhadap usaha membanteras babi hutan yang kini semakin menjadi ancaman terhadap penduduk di negeri ini.

Exco Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abd Razak Abd Rahman, berkata usaha membanteras menerusi operasi besar-besaran telah dilakukan sejak dua tahun lalu.

Katanya, ia membabitkan beberapa agensi kerajaan yang diketuai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri.

“Tindakan seperti operasi dan pelbagai kaedah telah digunakan susulan ancaman makhluk perosak (babi hutan) yang dilihat semakin mengganas dengan merosakkan tanaman selain boleh mengancam keselamatan orang ramai.

“Operasi memusnahkan haiwan perosak ini sudah dilaksanakan di banyak lokasi, malah saya turut menerima banyak aduan mengenai kehadiran babi hutan berkenaan khususnya di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Walkabout Melaka Agro Market di sini.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata sejak 2021, sebanyak 1,287 babi hutan di Melaka berjaya dihapuskan dengan daerah Melaka Tengah mencatatkan sebanyak 515 ekor, diikuti Jasin (229 ekor) dan Alor Gajah (543 ekor).

“Justeru, ketika ini pun kita masih mempergiatkan lagi usaha membanteras babi hutan dengan menyediakan lebih banyak perangkap dan diserahkan kepada PERHILITAN,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai penularan satu kenyataan mengenai Demam Babi Afrika semalam, jelas Abdul Razak, Melaka tiada sebarang kes mengenai babi ternakan.

“Melaka bebas dari wabak melibatkan babi ternakan, di mana ladang ternakan babi di Paya Mengkuang sudah tidak ada lagi, kesemua babi di situ sudah tiada.

“Di Melaka yang menjadi ancaman serius adalah babi hutan, bukan babi ternakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1843
Kongsi :
Previous post Kakak, adik maut motosikal terbabit kemalangan
Next post Nurul Izzah layak dilantik penasihat ekonomi, kewangan – PM Anwar
Ubah saiz-+=