‘Anak yatim juga punyai impian untuk berjaya’

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

JASIN 29 Mac – Gelak tawa dan kehadiran rakan-rakan, bukan setakat menceriakan hari-hari remaja ini, malah menyuntik semangat dalam dirinya untuk cemerlang dalam akademik, sekali gus mengubah nasib diri serta keluarga pada masa hadapan.

Selain itu dibesarkan dalam suasana ala kadar dan serba kekurangan turut memberi kesedaran kepada Nabila Mohd Nor, 17, mengenai pentingnya menuntut ilmu untuk mendapatkan pekerjaan boleh menjamin kehidupannya kelak.

Meminati bidang sejarah, gadis ini menyimpan cita-cita untuk bergelar ahli arkeologi, namun mengakui perlu berusaha dengan lebih keras kerana bukan mudah bagi mendapatkan gelaran itu.

Whatsapp Image 2024 03 29 At 11.36.59 Am
NABILA.

Penghuni rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin, ini berkata, berikutan itu kecemerlangan akademik juga penting bagi dirinya jika mahu bergelar seorang ahli arkeologi.

“Saya tinggal di rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin sejak berusia 10 tahun. Suasana di sini amat menceriakan saya, dapat berjumpa ramai kawan baru, mahu belajar juga lebih tenang dan bersemangat.

“Akademik antara diberikan penekanan di sini, namun bukan sepanjang masa belajar, jadi setiap petang kami akan beriadah bagi mengeluarkan peluh,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di pertubuhan kebajikan berkenaan, baru-baru ini.

Whatsapp Image 2024 03 29 At 11.37.00 Am
MUHAMMAD Amirul Haikal.

Sementara itu, Muhammad Amirul Haikal Abd Malik, 16, berkata, sepanjang tujuh tahun tinggal di rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin dia tidak lagi berasa terpinggir atau keseorangan.

“Paling saya nantikan adalah waktu berbuka puasa bersama rakan-rakan, kami semua berkongsi kegembiraan. Impian saya menjadi pegawai tentera, jika diberikan peluang saya ingin belajar hingga ke Jepun dan buktikan kepada orang ramai bahawa saya juga mampu berjaya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

76
Kongsi :
Previous post Bas terbalik di lebuh raya: Dua maut, 13 cedera
Next post Kerajaan belanja RM3.67 juta beri tol percuma sempena Aidilfitri – Ahmad Maslan
Ubah saiz-+=