
Anak yatim ceria terima baju raya daripada SKM Melaka
JASIN 7 Mei. – Seramai 29 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin menerima sumbangan raya daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka (SKM Melaka) menerusi program Santuni Kasih Aidilfitri baru-baru ini.
Menerusi program tanggungjawab sosial korporat itu, kesemua anak yatim itu diberikan sumbangan sepasang baju raya dan duit raya yang disumbangkan SKM Melaka bersama kakitangannya.
Selain itu, sumbangan peralatan kebersihan diri turut diserahkan kepada pihak institusi atas permintaan penjaga dan guru-guru di institusi ini.
Pengarah SKM Melaka, Mohd Firdaus Shaari berkata, program itu adalah selaras dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu menunjukkan keprihatinan dan mengambil berat terhadap masyarakat bersempena bulan yang mulia dan kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.
“Semoga sumbangan kecil yang disampaikan oleh Pengarah SKM Melaka ini dapat menceriakan anak-anak yatim ini bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.
“Seluruh warga kerja SKM Melaka mendoakan semoga anak-anak ini membesar menjadi insan disegani pada masa hadapan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...