
Anak Sarawak pertama jadi ahli lembaga pengarah SKM
KUCHING 14 Mac. – Wan Shardini Wan Salleh menjadi anak Sarawak yang pertama dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), berkuat kuasa 4 Februari lalu.
Surat pelantikan itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu majlis di pusat komuniti Kampung Buntal, di sini semalam.
Dalam kenyataannya hari ini, Wan Junaidi berkata pelantikan Wan Shardini itu akan membantu pembangunan sektor koperasi di Sarawak.
âSarawak merupakan negeri yang luas, justeru mempunyai cabaran tersendiri. Saya harap penyertaan anak Sarawak dalam Lembaga Pengarah SKM ini akan dapat membantu suruhanjaya itu meningkatkan pemahamannya tentang Sarawak, sekali gus berupaya mengembangkan sektor koperasi negeri,â katanya.
Sebelum ini, Wan Shardini yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains daripada Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Sains (Teknologi Kayu) daripada University College North Wales, United Kingdom, berkhidmat di Jabatan Hutan Sarawak selama 34 tahun dengan jawatan terakhir beliau ialah Timbalan Pengarah Hutan Sarawak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.