Anak Sarawak kongsi pengalaman ‘mengoca’ di Gadek

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

GADEK 20 Ogos – “Pengalaman pertama mengoca atau menangkap ikan dalam sawah antara pengalaman yang takkan saya lupakan dengan keluarga angkat di sini.

“Biarpun memenatkan itu adalah pengalaman yang amat berbaloi bagi saya setelah didedahkan dengan akvtiti masyarakat kampung di Melaka,” kata anak kelahiran Kuching, Sarawak, Muhd Azzim Ruzzainie Ya-Ainie,26 apabila ditempatkan bersama keluarga angkatnya di Kampung Gadek, baru-baru ini.

Muhd Azzim adalah salah seorang penjawat awam di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan antara 41 penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang menjalani Program Jalinan Integrasi Nasional Penjawat Awam 2023 selama tiga hari di kampung berkenaan.

Menurutnya, banyak pengalaman yang dipelajarinya dengan budaya masyarakat di negeri ini selepas ditempatkan dalam program berkenaan.

“Kesan yang saya boleh lihat sangat positif biarpun dalam tempoh yang singkat ini ianya sedikit sebanyak dapat merapatkan jalinan integrasi kaum antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak.

“Banyak pengalaman yang saya terima kerana ia sangat seronok, dari segi makanannya,suasana dia, masyakaratnya semuanya menyambut baik kedatangan kami di sini.

“Saya sangat bersyukur sebab datang dari Sarawak diterima oleh keluarga angkat yang melayani saya dengan begitu baik dan berharap jalinan yang terjalin ini dapat dikekalkan sehingga akhir hayat,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Program Jalinan Integrasi Nasional Penjawat Awam 2023 dirasmikan oleh Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem di Balai Raya Kampung Gadek.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Che Roslan Che Daud dan Pengarah JPNIN negeri, Intan Suhana Yusuff.

Program Jalinan Integrasi Nasional Penjawat Awam yang dilaksanakan selama tiga hari dua malam sejak 18 Ogos lalu disertai 41 penjawat awam dari pelbagai kementerian dan jabatan yang menjawat selama dua tahun di bawah Gred 41.

Program memasuki siri kedua selepas diadakan di Sabah sebelum ini mendedahkan pelbagai aktiviti kepada peserta antaranya kenduri rakyat, mengoca, sukan rakyat serta pelbagai lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2606
Kongsi :
Previous post Penjawat awam Borneo jadi anak angkat kenali budaya Melaka
Next post Kempen pasang Jalur Gemilang tidak akan terhenti – Adun Asahan
Ubah saiz-+=