Sorting by

×

ANAK POKOK KELAPA PERCUMA DI KARNIVAL PERTANIAN MASJID TANAH 2025

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

TANJUNG BIDARA 7 Januari – Pelbagai aktiviti menarik termasuk agihan 3,000 anak pokok kelapa kepada pengunjung yang hadir diatur bagi memeriahkan penganjuran Karnival Pertanian Peringkat Parlimen Masjid Tanah 2025 di Japerun Tanjung Bidara, Ahad ini.

Setiausaha Japerun Tanjung Bidara, Ahmad Warid Ismail berkata, karnival pertama kali dianjurkan itu adalah program pembuka tirai 2025 yang diatur untuk memberikan manfaat kepada penduduk sekitar Parlimen Masjid Tanah.

Katanya, antara aktiviti menarik lain diatur pada penganjuran program itu adalah Jualan Agro Madani, demonstrasi cara penghasilan produk minyak pati dan taklimat berkaitan tanaman kelapa.

“Bersempena karnival ini Jabatan Pertanian akan membekalkan sebanyak 5,500 anak pokok kelapa yang mana 3,000 adalah untuk diagihkan kepada pengunjung yang hadir.

“Selain itu setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah akan menerima 500 anak pokok kelapa ,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Ahmad Warid berkata, bersempena penganjuran karnival itu turut berlangsung Program Pelepasan Benih Udang Galah ke perairan umum oleh Jabatan Perikanan Negeri.

“Pelepasan anak benih ini akan dilakukan di Pangkalan Nelayan Jeti Paya Lebar, Lubok China. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan hadir.

“Justeru itu, kami amat mengalu-alukan kehadiran masyarakat setempat khususnya untuk bersama-sama memeriahkan penganjuran karnival yang julung kali diadakan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

215
Kongsi :
Previous post JOM MUAT TURUN APLIKASI ASAHAN SEJAHTERA
Next post POLIS JEMPOL MINTA BANTUAN KESAN WARGA EMAS HILANG HAMPIR TIGA BULAN LEPAS
Ubah saiz-+=