Sorting by

×

Anak muda jangan terpengaruh kempen retorik

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

TANJUNG BIDARA 17 November – Pengundi muda khususnya diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan kempen berunsurkan retorik yang sebenarnya lebih kepada menabur janji manis berbanding fakta.

Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, ketika ini banyak parti bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menggunakan media sosial sebagai platform untuk berkempen.

Apa yang merisaukan beliau adalah fakta yang digunakan dan tular di media sosial itu sebenarnya tidak tepat, namun mampu mempengaruhi orang muda.

“Anak muda ini jiwa mereka berkobar-kobar dan mudah terpengaruh dengan gaya pengucapan serta cara video berkenaan disampaikan menerusi Tik Tok atau Instagram. Semua ini menarik anak muda untuk percaya dengan apa yang disampaikan.

“Mereka ini juga tidak suka membaca laporan atau artikel disiarkan di akhbar dan terus percaya. Sepatutnya anak muda ini membuat semakan atau perbandingan untuk mendapatkan kebenaran yang sahih,” katanya ketika ditemui di Kampung Pulau, Masjid Tanah, di sini, 15 November lalu.

WhatsApp Image 2022-11-17 at 1.27.59 PM
MANTAN Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah

Beliau berkata, berbeza dengan Barisan Nasional (BN) bahan atau perkara yang mahu disampaikan adalah berpandukan kepada fakta yang dikeluarkan oleh sesebuah jabatan.

“Contoh ada yang berjanji jika menang pilihan raya, mereka akan turunkan harga barang, namun realitinya harga barang naik, tidak turun seperti dijanjikan.

“Nasihat saya anak muda perlu berpandukan fakta untuk mendapatkan kesahihan berhubung sesuatu isu. Begitu juga manifesto parti bertanding, semua ada di internet.

“Bandingkan dan kaji mana yang terbaik sebelum membuat pilihan, jangan terus percaya dan terpengaruh dengan kempen retorik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1746
Kongsi :
Previous post Selesai isu rakyat dahulu jika diberi mandat – Abdul Hakim
Next post PRU15: Tujuh kertas siasatan dibuka
Ubah saiz-+=