Anak merdeka pelapis masa hadapan – KM

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 31 Ogos – “Saya doakan anak-anak merdeka yang lahir pada 31 Ogos ini menjadi seorang pemimpin yang mampu mengurus dan mentadbir negara pada masa hadapan”.

Itu harapan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali ketika melawat bayi-bayi merdeka yang dilahirkan pada 31 Ogos (hari ini).

“Insya-Allah anak-anak merdeka inilah yang boleh menggalas tanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus negara dengan memahami prinsip-prinsip Rukun Negara

“Alhamdulillah hari ini setakat jam 10 pagi tadi sembilan bayi merdeka dilahirkan yang mana lima daripadanya bayi perempuan dan empat lelaki.

“Anak merdeka pertama dilahirkan pada 31 Ogos ini adalah bayi lelaki iaitu pada jam 3.38 pagi, sekarang pun masih ada lima orang ibu yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan melihat bayi merdeka di Hospital Melaka, di sini, hari ini.

Menurut Sulaiman, kehadiran beliau di Hospital Melaka bukan hanya untuk melihat anak-anak merdeka dilahirkan pada 31 Ogos, malah ianya menjadi tradisi pemimpin sejak dahulu.

“Saya di Hospital Melaka seperti biasa untuk melihat anak-anak yang dilahirkan.

“Bukan hanya kerana mereka lahir pada 31 Ogos, tetapi menjadi tradisi kita (pemimpin) selepas menyambut kemerdekaan kita akan datang hospital ini untuk meraikan mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1417
Kongsi :
Previous post Ikrar Rukun Negara dilafaz dalam setiap majlis kerajaan negeri – KM
Next post Menabung demi Jalur Gemilang
Ubah saiz-+=