
Anak Melaka lahir 31 Ogos dijemput hadiri Majlis Jamuan Teh bersama TYT
AYER KEROH 20 Ogos – Anak Melaka yang lahir pada tanggal 31 Ogos dijemput menghadiri Majlis Jamuan Teh Bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 31 Ogos ini.
Istana Melaka menerusi satu kenyataan memaklumkan jemputan itu terhad kepada 50 orang sahaja dengan setiap yang terpilih dibenarkan hadir bersama seorang peneman.
Kepada yang berminat, mereka bolehlah mengisi maklumat lengkap di dalam capaian sesawang https://bit.ly/3A85XSz.
Maklumat itu juga boleh diisi menerusi kod QR yang disediakan pada poster.
“Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka akan menghubungi mereka yang terpilih untuk hadir ke Majlis Jamuan Teh ini sebelum 30 Ogos ini,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...