
Anak Melaka kini bergelar juara dunia – KM
AYER KEROH 28 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, hari ini.
Katanya, kejayaan itu sungguh membanggakan untuk Malaysia dan juga Negeri Melaka memandangkan Aaron Chia merupakan anak kelahiran negeri ini.
Katanya, kejayaan itu juga dianggap sebagai hadiah istimewa menyambut Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini.
“Tentu sekali, seluruh rakyat Malaysia tumpang gembira dengan berita kejayaan pasangan berkenaan, lebih-lebih lagi buat Aaron Chia yang berasal dari bumi bertuah, Melaka.
“Tahniah anak muda, anda berdua adalah wira sejati rakyat Malaysia. Inilah hadiah terbaik untuk menyambut Hari Kebangsaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...