
Anak Melaka bawa pulang pingat gangsa Olimpik
ATLET badminton kelahiran Melaka, Aaron Chia bersama pasangan beregunya, Soh Wooi Yik, hari ini mengharumkan nama negara apabila menghadiahkan pingat gangsa dalam acara beregu lelaki di temasya Olimpik Tokyo 2020, hari ini.
Kejayaan itu diraih selepas menewaskan beregu Indonesia, Hendra Setiawan — Mohammad Ahsan dalam penentuan tempat ketiga dan keempat, sekali gus menghadiahkan pingat pertama negara dalam temasya sukan terbesar dunia itu tahun ini.
Aaron-Wooi Yik bagaimanapun terlebih dahulu tewas 17-21 di set pertama sebelum bangkit di set kedua dengan kemenangan 21-17.
Di set penentuan, pasangan beregu muda itu tidak menoleh kebelakang dengan mencatat kemenangan 21-14.
Untuk rekod, kemenangan itu menyaksikan Aaron dan Wooi Sik menjadi atlet badminton ketujuh meraih pingat untuk negara dalam temasya Olimpik.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...