Sorting by

×

Anak kembar ungka tangan putih tarikan baru Zoo Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat
DAK MAT

BUKAN calang-calang apabila Zoo Melaka merekodkan spesies ungka tangan putih melahirkan anak kembar dua, baru-baru ini.

Sekali gus ini membuktikan Zoo Melaka dalam keadaan baik dan menafikan tuduhan liar kononnya haiwan di situ terabai dari penjagaan dan kebajikan sejak negara dilanda pandemik COVID-19.

Ikut kata YDP Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman kejadian itu tidak pernah berlaku di Asia terma- suk di dunia.

Katanya, difahamkan ungka kembar pernah direkod berlaku di Zurich, Switzerland dan Berlin, Jerman, namun ia membabitkan spesis Siamang.

Bagi Mat, keunikan inilah yang perlu digunakan sebaiknya untuk Zoo Melaka menarik pelancong dalam dan luar negeri selepas ini.

Jika sebelum ini, kita teruja dan berbangga dengan kelahiran tiga anak panda gergasi dari China di Pusat Konservasi Panda Ger- gasi Zoo Negara, kelahiran anak kembar ungka ini tidak kalah hebatnya.

Mat difahamkan, MPHTJ selaku pihak pengurusan Zoo Melaka tidak ‘duduk diam’ dan giat merencana bermacam perkara.

Antaranya untuk mengadakan pertandingan memberi nama anak kembar ungka itu yang pastinya menarik penyertaan ramai.

Hakikatnya pelbagai lagi promosi boleh dilakukan seoptimum mungkin dan Mat amat yakin dengan kemampuan Zoo Melaka.

Dak Mat: Syabas Zoo Melaka!

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

938
Kongsi :
Previous post Manfaatkan pembukaan semula sektor pelancongan Melaka
Next post 94,000 pelajar mulakan sesi persekolahan bersemuka hari ini
Ubah saiz-+=