Sorting by

×

Anak jati Tanjung Bidara intai pingat di SUKMA

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 1 Ogos – Meskipun tidak bertanding dalam kategori kegemaran namun itu bukan penghalang buat atlet berbasikal muda negara Muhammad Hafiq Mohd Jafri, menyumbang pingat untuk Melaka pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak, Ogos ini.

Dia yang pertama kali akan beraksi di SUKMA berkata, walaupun tidak menetapkan sebarang warna pingat namun dia akan memberikan kayuhan terbaik bagi melayakkan dirinya menaiki podium dan membawa balik sekurang-kurangnya satu pingat.

“Sebenarnya, saya lebih cenderung kepada acara berbasikal trek tetapi ia tidak dipertandingkan di SUKMA Sarawak jadi untuk itu saya akan bertanding untuk acara lebuh raya dan kriterium.

“Secara peribadi, bagi saya saingan untuk lebuh raya dan kriterium seperti beraksi di trek endurance walaupun begitu saya anggap ini sebagai cabaran selain akan memberikan aksi terbaik,” katanya.

Menurut atlet kelahiran Tanjung Bidara itu, dia menjangkakan saingan hebat akan diberikan atlet dari Terengganu yang juga rakan sepasukannya di Majlis Sukan Negara (MSN).

“Saya akan cuba memberikan aksi terbaik bagi membawa balik pingat dan saya melihat peluang untuk dapat pingat adalah untuk acara kriterium,” katanya.

Untuk rekod antara pencapaian terbaik pelumba berusia 19 tahun itu adalah mewakili negara dengan memenangi dua perak pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 dan satu gangsa di Sukan Remaja Komanwel Trinbago 2023.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

477
Kongsi :
Previous post Dedah pendidikan STEM kepada anak Orang Asli
Next post Menara Taming Sari lebih ‘bercahaya’
Ubah saiz-+=